Tuesday, 11 November 2014

Sardin; Kos Sara Hidup 2015?



Bismillah;

InSyaaAllah entri saya kali ini akan saya mula menyentuh topik mengenai kos sara hidup yang semakin membimbangi semua dikalangan masyarakat menjelang tahun 2015. 

Walaupun segelintir diantara kita mengganggapkan ianya perkara biasa (lumrah barang makin lama makin naik) tapi lama kelamaan sedikit sebanyak kita akan "terasa" kesannya.

Kalau lima tahun yang lepas. Boleh saja kita bezakan beberapa perubahan harga keperluan dengan menyenaraikannya. Contoh seperti gula, tepung, roti gardenia, Dan percayakah kita? keadaan kos sara hidup ini akan semakin parah kalau tidak kita membuat sebarang persediaan untuk "menghadapinya". 

Artiket dibawah yang dikongsikan ini merupakan antara "keperluan" yang dahulunya dianggap sangat murah dan jimat. Dan kini kita boleh "nilaikannya". Dan inilah hakikatnya bahawa "kos sara hidup semakin dan akan lebih meningkat".



KUALA LUMPUR - "Kalau susah-susah masak saja ikan sardin".   Ramai yang mungkin tidak asing dengan ungkapan ini apatah lagi untuk orang bujang atau mereka yang kesuntukan masa untuk memasak.

Malah ada juga yang menyimpan stok ikan sardin tin ini untuk tujuan 'kecemasan', manalah tahu ada tetamu datang tanpa dirancang.

Memasak ikan sardin ini sama ada yang di dalam tin atau segar sememangnya mudah. Tidak memerlukan banyak bahan. Sama ada dijadikan sambal, dimasak kari atau digoreng bersama bawang dan halia, hidangan ini sudah cukup untuk mengalas perut yang lapar.

Ada juga yang menjadikan ikan sardin ini sebagai inti sandwic atau karipap.

Rakan Facebook (FB), Rosie Hashim memberitahu penulis, untuk menjadikan masakan sardin lebih sedap beliau akan menambah air asam jawa dan hirisan cili merah.

"Masak lemak pun sedap", tambahnya.
   

Kenangan silam

Penulis sendiri berasa nostalgik dengan ikan sardin, ikan yang sering dikaitkan dengan rakyat marhaen.

Membesar dalam keluarga yang ramai dengan gaji ayah yang tidak seberapa, ikan sardin adalah sajian lumrah buat kami adik-beradik.

Untuk menjadikannya banyak, emak akan menambah ubi kentang. Cukuplah makanan pada hari itu.

Ikan sardin segar pun pada masa itu harganya mungkin kira-kira RM1.00 sekati (kira-kira 600 gram) dan itu pun boleh berkongsi dengan kucing!

Itu kisah puluhan tahun dulu. Sekarang kalau disebut ikan sardin, ia lebih disebut 'macam ikan sardin', membayangkan keadaan bas atau tren yang sesak dan padat dengan penumpang.
 
Anak zaman sekarang pun mungkin lebih mengenali ikan tuna daripada ikan sardin.


Semahal ayam


Hari ini, kalau nak makan ikan sardin tin mungkin lebih elok beli ayam!

Baru-baru ini penulis membeli setin ikan sardin berjenama. Tin leper yang paling besar dan bila terima resit belian, harganya RM9.30. Balik rumah, buka tin, ada tiga tongkol sahaja.

Congak di kepala tidak memerlukan kalkulator, setongkol RM3.10. Bukankah mahalnya?

Di sebuah pasar raya lain, harga sardin tin yang sama RM9.99! Teringat minggu sebelumnya beli ayam, sederhana saiz, harganya kira-kira RM10.00 sahaja.

Nampaknya, ikan sardin bukan lagi semurah semasa saya kecil dahulu!
   

Menitis air mata
    

Rakan FB, Eta MT memberitahu penulis air matanya masih boleh menitis apabila mengimbau kenangan makan ikan sardin semasa belajar di menara gading.

"Ikan sardin antara memori tak akan dapat saya lupakan semasa belajar dengan rakan seperjuangan", katanya.

Menurut Eta, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, beliau dan lima rakan sebiliknya memasak ikan sardin dalam periuk nasi elektrik dan periuk itu juga digunakan untuk memasak nasi.

"Kami hanya tambah bawang dan cili. Makan dengan nasi panas-panas. Biasanya kami masak sardin bila kewangan semakin menyusut.

"Kami akan kutip duit, yang ada banyak bagi banyak. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih kami beli telur. Adalah menu tambahan, telur dadar.

"Kami makan berjemaah dan menu sardin menu istimewa kami, Sedap, masyaAllah", kata Eta dan menambah kata bahawa harga setin pada tahun 1997 ialah sekitar RM2.50, yang mengandungi dua tongkol ikan sardin.
   
   
Naik harga
    

Ikan sardin segar yang pada satu ketika dulu dibeli hanya untuk habuan kucing pun tidak kurang mahalnya.

Harga yang pernah penulis beli sedikit masa dulu di pasar tani adalah antara RM7.00 hingga RM9.00 sekilo.

Walau apapun, ikan sardin atau nama lainnya 'pilchard' yang ada kaitannya dengan ikan herring (menurut carian di internet) kaya dengan pelbagai vitamin dan galian.

Istilah sardin dipercayai digunakan orang Inggeris pada awal kurun ke-15 dan mungkin berasal daripada nama pulau Sardinia di Mediterranen yang dikatakan kaya dengan ikan sardin pada suatu ketika dahulu.

Ikan ini juga dikatakan hidangan popular di merata dunia termasuk Kanada, Perancis, Itali, Maghribi, India dan Jepun.

Mungkin ini agaknya yang menyebabkan ikan yang pada satu ketika dikaitkan dengan rakyat marhaen ini semakin mahal harganya.

Meskipun mahal, bagi yang menggemari ikan sardin dalam bentuk apa juga masakan mungkin akan menutup sebelah mata.

Ikan sardin tetap jadi pilihan. Dulu, kini dan selamanya! - Bernama



✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Daripada perkongsian artikel tersebut, apa yang anda dapat rasakan? Biasa? Lumrah? Bagaimana pula dengan tindakan? Biarkan? Redha? Hindarkan? 

Artikel tersebut merupakan contoh se"simple" perkara. Dan saya rasa banyak lagi barang2 keperluan yang lebih hebat perbezaan harganya dalam tempoh yang sangat singkat.

InSyaaAllah saya akan kongsi untuk bincangkan dan mendalami topik ini dengan entri seterusnya. Apa yang penting persoalannya, apakah tindakan kita bagi "menghadapi kos sara hidup 2015 dan seterusnya".


Wednesday, 11 June 2014

Rahsia Keutamaan Zikir


Sekiranya ada berkata: Mengapa zikir kepada Allah itu, meskipun amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat mudah untuk dilakukan, menjadi lebih utama dan lebih berfaedah dari berbagai-bagai ibadat yang lain yang lebih berat dan sukar melakukannya.

Ketahuilah bahwa untuk mentahkikkan (menerangkan) perkara ini tidak sempurna, melainkan dengan ilmu mukasyafah (ilmu penyingkapan). Tetapi di dalam ilmu mu’amalah tentang tingkatan zikir kepada Allah s.w.t. bahwasanya zikir yang menginggalkan kesan dan yang berfaedah ialah zikir yang dilakukan dengan tetap dan berterusan dengan hati yang hadir.

Adapun bezikir dengan lidah sedangkan hati lalai yang hadir. Adapun berzikir dengan lidah sedangkan hati lalai tidaklah memberikan apa-apa kesan atau faedah, malah ditetapkan bahwasanya kehadiran hati dengan mengingati Allah s.w.t selalu atau pada kebanyakkan waktum ialah lebih dipentingkan dari segala ibadatnya, bahkan dengannya jugalah dapat dijamin terpeliharanya seluruh peribadatan; dan yang dinamakan buah atau hasil dari peribadatan amaliah.

Dan bagi zikir itu ada permulaannya dan ada pula pengakhirannya. Permulaannya menimbulkan kelapangan dalam diri serta kecintaan dan pengakhirannya yakni sesudah dilakukan zikir itu berkali-kali dan menjadi kelazimannya pula, dia tidak akan merasakan ketenangan dan kesenangan diri serta kecintaannya melainkan dengan berzikir. Itulah peringkat yang harus dituntut dalam berzikir.

Berkata Rasulullah s.a.w.

“Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di dalam satu majlis sedang mereka berzikir kepada Allah azzawajalla, melainkan para Malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang ada di sisinya.” (Riwayat Abu Dawud dengan isnad shahih)



Keutamaan Zikir

Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala

“Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, niscaya Aku akan mengingati kamu sekalian…..” (al-Baqarah: 152)

“Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir yang banyak.” (al-Ahzab: 41)

“Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.” (al-Imran: 191)

“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.” (an-Nisa’: 103)

Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara keras yang didengar oleh ramai.

Allah berfirman:

“Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.” (al-A’raf: 205)

Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:

“Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sakali.” (an-Nisa: 142)

Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:

“Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua belah bibirnya bergerak-gerak (kerana berzikir kepadaKu).”

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah azzawajalla.”

Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali, baginda lalu menjawab:

“Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan lidahmu lembut berzikir kepada Allah azzawajalla.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”

Dari kata-kata atsar pula, berkata al-Hasan: Zikir itu ada dua macamnya: Berzikir kepada Allah azzawajalla di antara dirimu dan antara Allah azzawajalla. Alangkah baiknya ini dan besar pula pahalanya. Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah s.w.t pada ketika Allah mengharamkan sesuatu kepadanya.

p/s: Ayuh perlahan2 kita amalkan berzikir bersama-sama, InSyaaAllah: Fairul Ramli 😊

sumber : Islam itu Indah @facebook.com


Thursday, 10 April 2014

Myvi XT pilihan terbaru dari PERODUA

Bismillahir Rahmanir Rahim…

                Okay, bermula entri kali ini saya akan menyentuh topik berkenaan Perodua. Nak tahu apa kena mengena saya dan Perodua sila ikuti sampai habis yup..Semoga serba sedikit dapat saya kongsikan perkembangan terkini Perodua bersama anda.

Dipendekkan cerita, Perodua telah melancarkan varian terbaru bagi model terlaris Perodua, Myvi iatu dikenali sebagai “Myvi XT”. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden/CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh di University Malaya, pada 10 April 2014 (semalam). Apa yang menarik disini, terdapat beberapa ciri yang telah diberi suntikan baru bagi model Myvi 1.3 untuk mensasarkan pilihan pengguna golongan muda dimana ianya lebih sesuai dengan konsep terkini.
 “ Myvi XT” memiliki penampilan yang terkini dan lebih bergaya dengan kelainan warna dan ditambah dengan beberapa kelengkapan daripada varian Myvi 1.3 standard sebelum ini. 

Myvi XT lebih bergaya dengan warna dan ciri tambahan yang baru dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda

Antara ciri-ciri menarik dan berlainan yang ada pada Myvi XT ini antaranya ialah penampilan dengan pilihan warna yang lebih mengikuti trend terkini. Terdapat 4 pilihan warna bagi Myvi XT iaitu Ivory White, Lime Green dan Glittering Silver. Di samping dua lagi warna pilihan seperti lain-lain model Myvi sebelum ini  iaitu Mystical Purple dan Dazzling Red. Tambahan Alloy Sportrims bersaiz 14 inci dan Chrome Grille di bahagian hadapan membuatkan Myvi XT kelihatan sedikit berelemen sporty. Memiliki Dual SRS Airbags untuk tambahan ciri-ciri keselamatan yang telah menerima iktiraf 3 bintang dari ASEAN NCAP.


Antara pilihan warna bagi Myvi XT yang mengikuti pilihan warna terkini

Untuk bahagian kabin, Myvi XT dilengkapi dengan system audio yang ditambah dengan kelengkapan penyambungan USB dan sistem Bluetooth bagi kegunaan sistem hands free untuk telefon pintar. Dibahagian cluster berwarna silver menyerupai Myvi 1.3 s.e yang terkini. Dengan fabric dalaman berwarna baru dan ruangan sederhana luas membuatkan ianya lebih selesa. 



Bahagian kabin Myvi XT ditambahkan untuk memberikan keselesaan baru berbanding sebelum ini


Okey, perkara yang paling penting yang kita semua tunggu ialah dari segi harganya.hehe. Harga atas jalan berserta insurans untuk model ini ialah RM41,936.45 (solid) dan RM42, 436.45 (metalik) bagi transmisi manual. Manakala bagi transmisi automatik pula berharga RM44, 936.45 (solid) dan RM45, 436.45 (metalik). Harganya tetap sama dengan model Myvi standard sebelum ini biar pun menerima pertambahan elemen bernilai RM1,600. Perodua juga masih melanjutkan lagi promosi 3 Tahun servis percuma di semua Pusat Servis Perodua dan 3 tahun warranti bagi semua model Perodua dimana promosi ini diperkenalkan sejak Mac 2013. Ini membuatkan Myvi XT kekal berbaloi dan lebih menguntungkan berbanding Myvi Standard sebelum ini. Dan tak lupa juga bagi yang berminat dan ingin memiliki Myvi XT ini atau mana-mana model Perodua terkini, boleh terus hubungi saya di facebook ataupun email. Insyaa Allah saya akan bantu yang terbaik. (hehe …promot)


Antara ciri-ciri yang dimiliki Myvi XT

Pilihan warna yang diperkenalkan "Lime Green"

Antara pilihan warna Myvi XT "Dazzling Red"
 “Perodua mensasarkan jualan sebanyak 1,600 unit Myvi XT setiap bulan. Malah sejak model pertama Myvi dilancarkan pada 2005 lalu, Perodua berjaya menjual hampir 750,000 unit kenderaan ini, mencatatkan ia sebagai jualan terbaik selama lapan tahun berturut-turut. Di mana pada tahun lalu sahaja, tercatat jualan sebanyak 99,000 unit untuk model Myvi sahaja,” Presiden dan CEO Perodua – Datuk Aminar Rashid Salleh, 10 April 2014

Sila ikuti saya bagi yang berminat dengan Myvi XT atau mana-mana model terkini Perodua:
Facebook : http://www.facebook.com/fairul.ramli.5
Instagram : http://www.instgaram.com/fairulramli

Thursday, 27 March 2014

Welcome to Fairul Ramli's Blog

BismillahiRahmanirRahim,

            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog saya. Alhamdulillah, akhirnya terlahir juga blog saya ini walaupun agak lewat untuk memiliki blog, hehe. Namun begitu saya rasa semua itu bukanlah halangan untuk terus mencari ilmu. InSyaa Allah dengan medium blog ini, saya rasa lebih banyak ruangan yang boleh saya kongsikan dalam bentuk tulisan selain medium Facebook, Instagram atau Twitter saya. Selain itu, saya juga harapkan dengan kelahiran blog ini membolehkan saya mengenali lebih ramai rakan2 bloger serta dapat memupuk semangat sesama kita dalam perkongsian ilmu, InSyaa Allah. Kerana itu juga sebahagian daripada ibadah. Dan saya percaya ilmu itu berada dimana2 dan akan sentiasa kita berusaha dalam pencariannya. Semoga kita memperolehi kejayaan dalam apa pun yang kita usahakan, di dunia dan juga di akhirat, Aamiin, InSyaAllah. 


            Anda juga di alu-alukan untuk mengikuti saya di Facebook, Instagram dan Twitter :

Instagram        : http://instagram.com/fairulramli
Twitter            : https://twitter.com/FairulRamli


Ikuti perkongsian saya dalam entri seterusnya, InSyaa Allah :)