Bismillahir Rahmanir Rahim…
Okay, bermula
entri kali ini saya akan menyentuh topik berkenaan Perodua. Nak tahu apa kena mengena saya dan Perodua sila ikuti sampai habis yup..Semoga serba
sedikit dapat saya kongsikan perkembangan terkini Perodua bersama anda.
Dipendekkan cerita, Perodua telah melancarkan varian terbaru bagi model terlaris Perodua, Myvi iatu dikenali sebagai “Myvi XT”. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden/CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh di University Malaya, pada 10 April 2014 (semalam). Apa yang menarik disini, terdapat beberapa ciri yang telah diberi suntikan baru bagi model Myvi 1.3 untuk mensasarkan pilihan pengguna golongan muda dimana ianya lebih sesuai dengan konsep terkini.
Dipendekkan cerita, Perodua telah melancarkan varian terbaru bagi model terlaris Perodua, Myvi iatu dikenali sebagai “Myvi XT”. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden/CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh di University Malaya, pada 10 April 2014 (semalam). Apa yang menarik disini, terdapat beberapa ciri yang telah diberi suntikan baru bagi model Myvi 1.3 untuk mensasarkan pilihan pengguna golongan muda dimana ianya lebih sesuai dengan konsep terkini.
“ Myvi XT” memiliki
penampilan yang terkini dan lebih bergaya dengan kelainan warna dan ditambah
dengan beberapa kelengkapan daripada varian Myvi 1.3 standard sebelum ini.
![]() |
| Myvi XT lebih bergaya dengan warna dan ciri tambahan yang baru dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda |
Antara ciri-ciri menarik dan berlainan yang ada pada Myvi XT
ini antaranya ialah penampilan dengan pilihan warna yang lebih mengikuti trend
terkini. Terdapat 4 pilihan warna bagi Myvi XT iaitu Ivory
White, Lime Green dan
Glittering Silver. Di samping dua
lagi warna pilihan seperti lain-lain model Myvi sebelum ini iaitu Mystical Purple dan Dazzling Red. Tambahan
Alloy Sportrims bersaiz
14 inci dan
Chrome Grille di
bahagian hadapan membuatkan
Myvi XT kelihatan sedikit berelemen sporty.
Memiliki
Dual SRS Airbags untuk
tambahan ciri-ciri keselamatan yang telah menerima iktiraf 3 bintang dari ASEAN
NCAP.
![]() |
| Antara pilihan warna bagi Myvi XT yang mengikuti pilihan warna terkini |
Untuk
bahagian kabin, Myvi XT dilengkapi dengan system audio yang ditambah dengan kelengkapan
penyambungan USB dan sistem Bluetooth
bagi kegunaan sistem hands free untuk
telefon pintar. Dibahagian cluster berwarna
silver menyerupai Myvi 1.3 s.e yang
terkini. Dengan fabric dalaman
berwarna baru dan ruangan sederhana luas membuatkan ianya lebih selesa.
![]() |
| Bahagian kabin Myvi XT ditambahkan untuk memberikan keselesaan baru berbanding sebelum ini |
Okey,
perkara yang paling penting yang kita semua tunggu ialah dari segi
harganya.hehe. Harga atas jalan berserta
insurans untuk model ini ialah RM41,936.45 (solid) dan RM42, 436.45 (metalik)
bagi transmisi manual. Manakala bagi transmisi automatik pula berharga RM44,
936.45 (solid) dan RM45, 436.45 (metalik). Harganya tetap sama dengan model
Myvi standard sebelum ini biar pun menerima pertambahan elemen bernilai RM1,600.
Perodua juga masih melanjutkan lagi promosi 3 Tahun servis percuma di semua
Pusat Servis Perodua dan 3 tahun warranti bagi semua model Perodua dimana
promosi ini diperkenalkan sejak Mac 2013. Ini membuatkan Myvi XT kekal berbaloi
dan lebih menguntungkan berbanding Myvi Standard sebelum ini. Dan tak lupa juga
bagi yang berminat dan ingin memiliki Myvi XT ini atau mana-mana model Perodua
terkini, boleh terus hubungi saya di facebook
ataupun email. Insyaa Allah saya
akan bantu yang terbaik. (hehe …promot)
![]() |
| Antara ciri-ciri yang dimiliki Myvi XT |
![]() |
| Pilihan warna yang diperkenalkan "Lime Green" |
![]() |
| Antara pilihan warna Myvi XT "Dazzling Red" |
“Perodua mensasarkan
jualan sebanyak 1,600 unit Myvi XT setiap bulan. Malah sejak model pertama Myvi
dilancarkan pada 2005 lalu, Perodua berjaya menjual hampir 750,000 unit
kenderaan ini, mencatatkan ia sebagai jualan terbaik selama lapan tahun
berturut-turut. Di mana pada tahun lalu sahaja, tercatat jualan sebanyak 99,000
unit untuk model Myvi sahaja,” Presiden dan CEO Perodua – Datuk Aminar Rashid
Salleh, 10 April 2014
Sila ikuti saya bagi yang berminat dengan Myvi XT atau mana-mana model terkini Perodua:
Facebook : http://www.facebook.com/fairul.ramli.5
Instagram : http://www.instgaram.com/fairulramli






No comments:
Post a Comment