Thursday, 10 April 2014

Myvi XT pilihan terbaru dari PERODUA

Bismillahir Rahmanir Rahim…

                Okay, bermula entri kali ini saya akan menyentuh topik berkenaan Perodua. Nak tahu apa kena mengena saya dan Perodua sila ikuti sampai habis yup..Semoga serba sedikit dapat saya kongsikan perkembangan terkini Perodua bersama anda.

Dipendekkan cerita, Perodua telah melancarkan varian terbaru bagi model terlaris Perodua, Myvi iatu dikenali sebagai “Myvi XT”. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden/CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh di University Malaya, pada 10 April 2014 (semalam). Apa yang menarik disini, terdapat beberapa ciri yang telah diberi suntikan baru bagi model Myvi 1.3 untuk mensasarkan pilihan pengguna golongan muda dimana ianya lebih sesuai dengan konsep terkini.
 “ Myvi XT” memiliki penampilan yang terkini dan lebih bergaya dengan kelainan warna dan ditambah dengan beberapa kelengkapan daripada varian Myvi 1.3 standard sebelum ini. 

Myvi XT lebih bergaya dengan warna dan ciri tambahan yang baru dan mampu memberi tarikan kepada golongan muda

Antara ciri-ciri menarik dan berlainan yang ada pada Myvi XT ini antaranya ialah penampilan dengan pilihan warna yang lebih mengikuti trend terkini. Terdapat 4 pilihan warna bagi Myvi XT iaitu Ivory White, Lime Green dan Glittering Silver. Di samping dua lagi warna pilihan seperti lain-lain model Myvi sebelum ini  iaitu Mystical Purple dan Dazzling Red. Tambahan Alloy Sportrims bersaiz 14 inci dan Chrome Grille di bahagian hadapan membuatkan Myvi XT kelihatan sedikit berelemen sporty. Memiliki Dual SRS Airbags untuk tambahan ciri-ciri keselamatan yang telah menerima iktiraf 3 bintang dari ASEAN NCAP.


Antara pilihan warna bagi Myvi XT yang mengikuti pilihan warna terkini

Untuk bahagian kabin, Myvi XT dilengkapi dengan system audio yang ditambah dengan kelengkapan penyambungan USB dan sistem Bluetooth bagi kegunaan sistem hands free untuk telefon pintar. Dibahagian cluster berwarna silver menyerupai Myvi 1.3 s.e yang terkini. Dengan fabric dalaman berwarna baru dan ruangan sederhana luas membuatkan ianya lebih selesa. 



Bahagian kabin Myvi XT ditambahkan untuk memberikan keselesaan baru berbanding sebelum ini


Okey, perkara yang paling penting yang kita semua tunggu ialah dari segi harganya.hehe. Harga atas jalan berserta insurans untuk model ini ialah RM41,936.45 (solid) dan RM42, 436.45 (metalik) bagi transmisi manual. Manakala bagi transmisi automatik pula berharga RM44, 936.45 (solid) dan RM45, 436.45 (metalik). Harganya tetap sama dengan model Myvi standard sebelum ini biar pun menerima pertambahan elemen bernilai RM1,600. Perodua juga masih melanjutkan lagi promosi 3 Tahun servis percuma di semua Pusat Servis Perodua dan 3 tahun warranti bagi semua model Perodua dimana promosi ini diperkenalkan sejak Mac 2013. Ini membuatkan Myvi XT kekal berbaloi dan lebih menguntungkan berbanding Myvi Standard sebelum ini. Dan tak lupa juga bagi yang berminat dan ingin memiliki Myvi XT ini atau mana-mana model Perodua terkini, boleh terus hubungi saya di facebook ataupun email. Insyaa Allah saya akan bantu yang terbaik. (hehe …promot)


Antara ciri-ciri yang dimiliki Myvi XT

Pilihan warna yang diperkenalkan "Lime Green"

Antara pilihan warna Myvi XT "Dazzling Red"
 “Perodua mensasarkan jualan sebanyak 1,600 unit Myvi XT setiap bulan. Malah sejak model pertama Myvi dilancarkan pada 2005 lalu, Perodua berjaya menjual hampir 750,000 unit kenderaan ini, mencatatkan ia sebagai jualan terbaik selama lapan tahun berturut-turut. Di mana pada tahun lalu sahaja, tercatat jualan sebanyak 99,000 unit untuk model Myvi sahaja,” Presiden dan CEO Perodua – Datuk Aminar Rashid Salleh, 10 April 2014

Sila ikuti saya bagi yang berminat dengan Myvi XT atau mana-mana model terkini Perodua:
Facebook : http://www.facebook.com/fairul.ramli.5
Instagram : http://www.instgaram.com/fairulramli